Pages

Wednesday 7 September 2016

tips untuk membina otot

Tips untuk membina otot



1) Pastikan calorie intake korang ditambah. Jika sebelum ini korang mengambil 2000kcal setiap hari, tambah sehingga menjadi 2500kcal. Kalau tak mampu nak makan dengan jumlah yang banyak, belilah supplement. 

bahagikan jadual makan anda  kepada 5-6 kali sehari dan pastikan banyak minum air kosong.. Drink a lot of plain water!! Badan kita perlukan air yang cukup untuk membina otot dengan kadar maksimum. elakkan makan makanan yang diproses (makanan yang dikeluarkan oleh kilang, contohnya keropok, megi dan lain2) kalau boleh. Cara pemakanan korang sangat penting, sebab tanpa diet yang betul, memang susah untuk mendapat badan yang korang idam-idamkan.
.
2) Langkah kedua ialah working out. Kalau korang ialah beginner, focus kepada compound movement exercises such as deadlift, bench press dan squat. Jangan lupa untuk warm up pada awal sesi senaman. 

Bersenam dengan rakan mampu menaikkan semangat korang. Pergi gymnasium kalau rumah korang tiada Dumbbell atau Barbell. Kalau tak ada duit, lakukan senaman Calisthenics (senaman yang menggunakan bodyweight anda sahaja.). Bersenam 3-5 kali seminggu.Lakukan workout dalam masa 45 minit sahaja untuk prestasi optimum.


.
3) Ok, apa langkah ketiga? KONSISTEN.Meaning jangan quit separuh jalan kalau nak berjaya. Memang proses membina badan ini sangat susah dan memakan masa yang panjang, oleh itu kalau korang give up, memang sampai bila-bila pn susah nak berjaya. Letakkan target yang inging dicapai supaya mudah la untuk korang focus semasa senaman.




No comments:

Post a Comment