Pages

Wednesday 7 September 2016

KEPENTINGAN ZAT BESI UTK WANITA MENGANDUNG

KEPENTINGAN ZAT BESI UTK WANITA MENGANDUNG


Wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup. Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.





No comments:

Post a Comment