Pages

Wednesday 7 September 2016

PERHATIAN UNTUK MEREKA YG SUKA MINUMAN BERGULA!

PERHATIAN UNTUK MEREKA YG SUKA MINUMAN BERGULA!

Banyak kajian yg membuktikan bahawa dgn mengambil minuman bergula akan menyebabkan kehadiran lemak di bahagian perut.Mari kita sama2 lihat puncanya :


 Hati hnya mampu 'metabolize' fructose yg trdapat dlm gula pada kadar tertentu sahaja.sekiranya terlalu byk fructose,ia akan ditukar menjadi lemak.


Consumption gula yg terlalu byk akan menyebabkan masalah terutama melibatkan hormon insulin.Tujuan insulin adlh utk mengawal kadar gula dalam darah yg dikeluarkn oleh pancreas disamping menggunakan gula sbg sumber tenaga kpd badan.Sel dalam badan memerlukan glucose utk tenaga tetapi glucose tidak boleh 'masuk' dalam kebanyakan sel dan disini hormon insulin memainkan peranan.


Namun sekiranya terlalu byk jumlah glucose yg ada dlm badan menyebabkan sel2 berada dlm keadaan 'insulin resistance' dan pacreas akan cuba keluarkan hormon insulin pada kadar yg lebih tinggi.Ini menyebabkan kadar kandungan gula dalam badan menjadi tinggi seterusnya boleh menyebabkan diabetes.


Kajian juga menunjukkan bahawa minuman bergula terutama air gas berkait rapat dgn 60% masalah kegemukan yg terjadi dikalangan anak muda masa kini.

SOLUSI?

Cuba kurangkan kandungan gula dalam minuman harian.Utk mereka yg suka lepak di mamak try order teh tarik kurang manis sbg contoh.Mungkin sukar utk totally eliminate gula dlm kehidupan harian kita tetapi kita boleh start secara slow lama2 nnti dah terbiasa.Tukarkan minuman bergula kepada air masak sekiranya mampu 





No comments:

Post a Comment