Tuesday, 6 September 2016

MAKANAN SIHAT BERPANDUKAN PIRAMID MAKANAN

TIPS MAKANAN SIHAT BERPANDUKAN PIRAMID MAKANAN
.

Harini admin nak cerita sikit tips mudah untuk anda yang nak kan diet seimbang supaya badan korang maintain sihat sepanjang hari.Pernah dengar pasal piramid makanan?
.
Kalau admin nk cerita detail mmg tk cukup masa nk taip kt sini tapi secara asasnya  piramid makanan ni merupakan carta yang menjadi indicator unutk kita semua merancang pengambilan makanan harian kita.
.
Carta ni terbahagi kpd 4 level dan disusun dlm bentuk piramid.so jom kita try pahamkn sedikit apa yg terkandung dlm piramid makanan ni :-
.
Level 1 ( nasi,roti,bijirin dan ubi)
.
- jenis makanan yg ada dlm kelompok ni adalah berbentuk bijirin(sumber karbohidrat) contohnya mcm nasi, bihun, roti dan lain2 lg.Perlu diambil selalu sbb karbohidrat merupakan sumber utama yg penting utk badan.Boleh diambil sebanyak 8-12 hidangan.
.
Level 2 (sayuran dan buah-buahan)
.
- jenis makanan yg terkandung dalam kelompok ini adalah buah dan sayuran.Seperti yg kita tahu buah-buahan dan sayuran sumber vitamin dan mineral yang penting untuk badan.Sayuran boleh diambil dalam setiap sajian.Disarankan minimum sebanyak 3-5 hidangan.
.
Level 3 ( ayam,daging,ikan dan produk tenusu)
.
- makanan seperti ayam, daging dan ikan merupakan sumber protein yang berkhasiat untuk badan.Tapi pastikan sebelum makan anda kena buang dulu segala kulit dan lemak supaya dapat mengurangkan jumlah kolestrol yang anda akan ambil.Tenusu pula akan bagi korang khasiat seperti kalsium dan vitamin.Boleh diambil sebanyak 2-3 hidangan untuk daging dan 1-2 hidangan untuk produk tenusu.
.
Level 4 ( lemak,minyak,gula dan garam)
.
- makanan dalam level ni seboleh-bolehnya di  ambil dalam kuantiti yang sangat sediikit.Kelompok makanan ini boleh membekalkan tenaga untuk badan tapi hanyalah dalam kuantiti yg sedikit.
.
SEMOGA TIPS INI BERMANFAAT!