Pages

Friday 23 September 2016

Jadual Latihan Beban

Jadual Latihan Beban



Ramai bertanya macam mana hendak menyusun jadual altihan beban. Konsep mudah admin cadangkan Otot besar dan otot kecil diselang selikan.

Otot Besar: Dada, Belakang dan Kaki
Otot Kecil: Bicep, Abdomen dan Bahu

Perlu tahu sekiranya anda buat latihan dada contoh anda akan turut menggunakan otot bahu dan tricep. Otot badan memerlukan lebih kurang 48jam untuk proses pemulihan yang baik. Jadi pastikan apabila anda bermula dengan otot dada dan keesokkan harinya dijauhkan dari latihan bahu atau tricep. Sebaiknya buat latihan bicep dan abdomen.

Sebagai contoh, pada hari isnin mulakan dengan latihan otot besar dahulu kerana kebiasaannya hari ahad merupakan hari rehat bagi `kebanyakkan orang. Jadi kita mulakan dengan Otot besar yang mana banyak menggunakan tenaga.

CADANGAN JADUAL LATIHAN

Kaki + (Abdomen)
Bahu +( Dada + Tricep)
Belakang + (Bicep + Abdomen)
Rest
Dada +( Bahu + Tricep)
Bicep +( Belakang + Abdomen)
Rest

Tapi anda jangan kata salah atau pelik jika terlihat Orang lama menyusun jadual latihan berbeza. Ini juga bergantung pada target mereka. Jadi lain orang lain cara.

No comments:

Post a Comment