Pages

Wednesday 21 September 2016

65% INDIVIDU YANG TURUN BERAT BADAN BERISIKO KEMBALI KEPADA SEDIA ASAL

65% INDIVIDU YANG TURUN BERAT BADAN BERISIKO KEMBALI KEPADA SEDIA ASAL!

65% individu yang berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh 1 tahun melalui diet pemakanan dan senaman kebanyakannya kembali ke berat sedia asalnya!
.
Menurut kajian,metabolisma yang dijana didalam badan akan menyeimbangkan tenaga dan juga keperluan nutrien melalui pengambilan makanan yang diakses melalui bahagian tengah otak dimana ianya berfungsi mengawal rasa lapar dan kenyang.
.
Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Jose Lerma-Cabrera dan rakan sejawatnya dari Universidad Autonoma de Chile Santiago,Chile mendapati bahawa,gejala ini adalah disebabkan oleh ketagihan kepada makanan rapu yang sedap sebagaimana yang pernah dimakan oleh mereka pada zaman 'kegemukan' mereka.
.
Keadaan ini adalah sama sebagaimana rasa ketagihan terhadap dadah dan sukar dikawal.
.
Pengambilan makanan rapu yang sedemikian dapat meningkatkan tahap dopamine didalam otak yang boleh menyebabkan untuk menyeimbangkan pengambilan makanan tersebut diluar kawalan dan diambil secara berlebihan.
.
Oleh sebab itu,adalah disarankan kepada anda supaya bergerak didalam kawanan mereka yang sama misi didalam menurunkan berat badan agar perkara-perkara sebegini dapat dielakkan.ok!

No comments:

Post a Comment