Pages

Friday, 23 September 2016

Cara Meningkatkan Stamina

Cara Meningkatkan Stamina



Stamina yang amat penting semasa ingin melakukan senaman. Begitu juga halnya di gym, kekurangan stamina menyebabkan kita kerugian banyak masa di gym kerana hanya satu set tapi rehat terlalu lama di sebabkan kekurangan stamina. Ini sedikit sebanyak mengganggu bilangan set yang hendak di lakukan. 


Ada 5 cara untuk meningkatkan stamina semasa bersenam:


1) Kurangkan minum air  

Kurangkan minum semasa bersenam, JIka boleh setiap habis satu jenis senaman dan baru minum sedikit air dalam seteguk sahaja. Minum air yang banyak menyebabkan perut akan dipenuhi dengan air dan badan akan menjadi berat seterusnya jantung akan berdegup perlahan.

2) Berjongging

jika boleh digalakkan berjongging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 30minit setiap sesi. Ini bagi meningkatkan stamina semasa melakukan senaman di gym dan melatih jantung agar dapat berdegup pada kadar yang tinggi semasa bersenam nanti.


3) Supplement pre-workout 

Supplement pre-workout juga dapat meningkatkan stamina yang mana salah satu fungsi supplement ini ialah meningkatkan stamina. Apa salahnya labur sedikit duit demi mendapat prestasi yang hebat semasa bersenam.

4) Pernafasan

pernafasan yang betul salah satu factor mengelakkan stamina mudah kondem semasa bersenam. Jangan main hentam jew bernafas sesuka hati, tu punca cepat letih semasa bersenam terutama pada beginner. Cara yang betul ambil nafas ambil nafas ketika menurunkan beban dan lepaskan nafas secara perlahan ketika menggangkat beban (bench press).


5) Pengudaraan

Pastikan pengudaraan yang baik ketika anda bersenam. Pengudaraan yang kurang baik akan mengganggu prestasi stamina anda. Jika gym terlalu sesak, apa kata pergi kat tingkap sekejap dan ambil nafas yang segar sebelum memulakan set yang seterusnya

No comments:

Post a Comment