Pages

Wednesday, 7 September 2016

Bagaimana nak tingkatkan metabolisma badan?


Bagaimana nak tingkatkan metabolisma badan??

 Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali korang makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan korang cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).

 Angkat berat! Tahukah korang bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua orang yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat korang hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!

 Makanan pedas. Makanan pedas boleh membantu meningkatkan metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.

 Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa korang rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan maka bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. Ambil secara sederhana saja.

 Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.





No comments:

Post a Comment